C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM
New ♥
Thursday 25 July 2013 • 06:22 • 0 comments

Assalamualaikum, hai stalker. Dah lama tak update blog, hari ni baru rajin nak update. Sekarang ni kita berada di bulan Ramadhan, puasa hari yang ke-16. Sekejap je dah sampai pertengahan bulan Ramadhan kan? Tanpa kita sedar, cepat masa berlalu. Tup tup nanti dah SPM sebenar, lepas raya ni ada trial SPM pula tu. Memang tak berayalah cerita dia tahun ni. Tadi ada teknik menjawab Matematik dekat sekolah, cikgu dari SMK (P) Air Panas yg datang mengajar kitaorang. Dia ada cakap "Raya kita lepas tamat SPM, masa tu berayalah sakan." Tak ada maknanya nak beraya sakan, lepas tu je dah kena teruskan kehidupan baru sebelum masuk ke alam dewasa. Hm sejak kebelakangan ni susah nak fokus untuk belajar, terlalu banyak fikirkan masalah dengan Khairul. Dugaan Allah kan bulan puasa pun kena? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ni, aku hambaMu yang tidak terdaya untuk tempuh semua dugaan ini tanpa bantuan Mu ya Allah. Awak selalu cakap pasal sabar awak, hmm sabar saya ni macam mana? Yg dah terlalu banyak kecewa dengan perangai awak, yg dah terlalu banyak patah hati disebabkan awak, yg selalu kemurungan disebabkan awak dan yg selalu menangisi kekecewaan kerana awak. Awak tahu tak apa yg jadi semuanya tak dirancang, Allah yg bagi ujian macam ni dekat hubungan kita. Terkadang percakapan awak melampaui batas sampai saya keluarkan bahasa kasar dekat awak, selama ni saya tak pernah ada niat langsung untuk maki awak sesuka hati. Tapi disebabkan hati yg dah terlalu sakit, hmm bahasa kasar tu keluar dari mulut saya. Awak pun selalu sangat cakap macam-macam pasal sayakan? Cakap saya perangai tak matang, macam budak kecil, kuat cemburu, suruh saya pergi "MAMPUS", sebabkan percakapan awak macam tulah saya balas balik. 

Saya teringat semua janji awak yg lepas, hmm tapi semuanya tak menjadi kenyataan pun awak. Semua janji awak terhadap saya tu musnah dengan sekelip mata. Kenapa awak? Kenapa macam ni? Hm awak jawablah saya tanya........... Hm saya rindu sangat-sangat dekat awak yang dulu, kita yg dulu sentiasa bahagia tanpa persengketaan. Memanglah setiap perhubungan ada salah faham, bergaduh semua tu, tapi kita dah jauh sangat awak..... Hm dah bukan macam yg dulu... Awak yg dulu selalu ungkapkan perkataan yg indah buat saya, awak yg dulu terlalu takut kehilangan saya, awak yg dulu anggap saya paling bermakna dalam hidup awak, awak yg dulu sentiasa meluahkan perasaan kasih, sayang dan cinta kepada saya, awak yg dulu sentiasa berada di samping saya walau jauh mana pun saya berada, awak yg dulu faham akan hati saya, awak yg dulu tak pernah tinggikan suara terhadap saya...... Hm banyaknya perubahan terhadap diri awak.... Mungkin salah saya awak jadi macam nikan? Salah saya sebab terlalu cemburu, terlalu mengatur awak, terlalu emo, terlalu manja...... 


Saya tak pernah ada niat nak mengongkong awak, tapi saya tetap pada janji kita yg dulu. Janji yg saya takkan ada kena mengena dengan apa yg awak tak suka, begitu juga awak. Tapi semuanya musnahkan? Salah saya sebab selalu melakukan kesilapan tanpa disengajakan.... Kalau awak baca luahan hati saya ni, saya nak bagitahu yg saya rindukan awak... Tetapi awak tidak boleh menandingi rindu saya terhadap Allah SWT, dia selalu rindukan hamba dia awak... "Ya Allah, kau sampaikan rindu aku kepada seorang kekasih penyejuk hatiku yang bakal menjadi Imam ku pada suatu hari nanti, sampaikan juga salam sayang dan cinta ku terhadap dia. Amin Ya Rabbal Alamin~" Bila tiba masa saya pergi nanti, awak jaga diri ya? Cari seorang bakal makmum yg terbaik untuk hidup awak, yg boleh membawa awak ke jalan Allah SWT. Awak, satu saya nak ingatkan... Jangan lupa Allah, kalau ada masalah mengadu dekat dia ya? Dia sentiasa dengar luahan hati kita, dia tak pernah jemu awak.. Awak, jangan pernah tangisi pemergian saya kalau satu hari nanti saya pergi.. Awak sedekahkan doa untuk saya tiap hari jika benar terjadi akan pemergian saya ya? Awak, terima kasih sebab masih menyintai, menyayangi saya.... Terima kasih ya Allah :') Assalamualaikum.



Homework!
Friday 29 March 2013 • 08:06 • 0 comments


Homework? I'm lazy to do homework -.- Holiday? Yes. Bercuti tanpa kerja sekolah bolehkan? Urgh, stressssssssssss! Terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Tinggal lagi 2 hari sekolah dah nak bermula dan saya? Saya tak sentuh langsung kerja sekolah yang perlu disiapkan masa cuti sekolah ni. Awesome right? Bhahahahahahaha lazy like crazy ~.~ Apa yang aku melalut ni? Argh lantaklah! Malasnya nak siapkan kerja sekolah yang sudah bertimbun ni. Cuti sekolah sepatutnya cuti belajar sekali. Ni tak, cuti sekolah tetap kena teruskan belajar. Wtfish?! Hidup zaman teknologi serba canggih ni perlukan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang, so tak boleh malas-malas belajar ni. 

Iya, tahu tak boleh malas belajar. Tapi...... Otak perlukan rehat jugak.

Otak tak perlu rehat lama-lama, nanti cepat lupa.

Haih? Boleh jadi gila kalau asyik belajar je, tak ada rehat langsung! u.u

Jangan merungut. Kalau merungut, macam mana nak berjaya?

Okay, tak merungut dah T.T

Malam ni tak boleh tidur awal, kena siapkan semua kerja sekolah yang sedang bertimbun tu. Time sekolah pun suka sangat tangguhkan kerja sekolahkan? Padan muka! April ni ada exam lagi! Memang tiap bulan ada exam k? Buat tahun ni otak tak boleh lemah, malas, sebab tahun ni SPM! Ingat tu SPM!

SPM!
SPM!
SPM!
SPM!
SPM!

Dah! Berhenti cakap pasal exam yang menentukan masa depan tu. Wuuuu tinggal lagi 8 bulan je dah nak exam besar tu. Ya Allah, harap semuanya dipermudahkan masa menduduki exam SPM tu nanti. Okay, stop melalut. Gtg, nak start buat homework. Bye Mr. Blog! Iloveyou :*

Lots of love,
AmyRuhana


Salam Jumaat ♡
• 02:17 • 0 comments


Assalamualaikum, hai Salam Jumaat kepada semua umat Islam. Harap semua kaum Adam dapat menunaikan Solat Jumaat dengan sempurna pada hari ini. Bersamalah kita mengingati yang di atas sana, yang sentiasa memerhatikan setiap gerak geri hambanya. Jangan terlalu leka dengan semua benda di atas dunia ini sampai terlupa dengan segala suruhan Allah swt. Haih, tetiba berceramah pulak :3 Cuba untuk memperbaiki diri yang tidak seberapa sempurna ini untuk ke jalan yang lebih baik, harap suatu hari nanti dapat bertukar imej kepada yang lebih baik. InsyaAllah dengan izin Allah, Amin Ya Rabbal Alamin~ 

"Ya Allah, ya tuhanku. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau ampunilah segala dosa-dosa hamba Mu ini. Kau bawalah dia ke jalan yang benar, jauhilah dia dari segala perkara yang dilarang oleh Mu. Ya Allah, aku bersyukur kerana di hidupkan sebagai umat Islam dan mempunyai agama yang cukup indah. Aku bersyukur kerana aku di hidupkan dengan sempurna anggota tubuh badan. Aku bersyukur sekali lagi ya Allah kerana kau masih beri ku pernafasan yang sempurna untuk hidup, masih boleh melakukan pelbagai kerja, masih mempunyai akal fikiran yang waras. Terima kasih ya Allah, kerana apabila aku bangun pagi aku masih boleh melihat kedua ibu bapa ku sihat dan masih boleh melakukan pelbagai kerja untuk memberi aku dan adik-adik ku makan minum yang secukupnya. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki kedua ibu bapa ku. Kau lindungilah mereka dari azab api neraka. Kau jadikanlah aku dan adik-adik ku anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapa. Kau jadikanlah kami insan yang berjaya pada bangsa, negara dan agama ya Allah. Kau jadikanlah kami bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kau berilah kami kekuatan untuk menghadapi segala cabaran di dunia ini ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin~" 

Keinsafan timbul di dalam diri. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jangan melakukan kesilapan yang sama berulang kali, muhasabah diri masing-masing. Saya hanya seorang insan yang lemah, hanya untuk memperingatkan diri dan sahabat-sahabat. Masih ada masa lagi untuk kita bertaubat, dah berhijrah ke jalan yang benar. Pintu taubat Allah buat kita sentiasa terbuka :) 

Lots of love,
Amy Ruhana


Untitled 4
Sunday 24 March 2013 • 22:52 • 0 comments

Assalamualaikum, hai  Awak, saya mintak maaf kalau awak sakit hati dengan apa saya cakap sebelum ni. Hm saya ingat harini kita boleh borak macam selalu lepas awak balik dari Langkawi, tapi saya tengok awak macam nak taknak je layan saya. Haritu masa awak dekat sana, okay je awak bagi semangat dekat saya lagi jangan putus asa. Tapi sekarang? Hm tadi saya call, awak cakap saya dah putus asa tak apa...... Hm maknanya awak memang dah taknak bersama dengan saya lagikan? Lepas kita dah masuk 1tahun 5bulan 2minggu 4hari, awak nak tinggalkan saya macam tu je? Awak dah berhenti cintakan saya macam selalu? Awak dah berhenti sayang saya macam selalu? Awak dah berhenti rindu saya macam selalu ke? Hm awak jawablah.... Kenapa awak senyap? Kenapa awak taknak jawab soalan saya? Saya tahu awak dah penat jawab semua soalan saya.... Saya tahu awak dah penat sangat nak layan perangai saya yang ntah pape nikan? Awak tinggalkan saya, tapi saya takkan pernah berhenti cintakan awak sebab awak cinta pertama saya dan saya harap awak cinta terakhir saya sampai akhir hayat insyaAllah :') Saya taknak menyusahkan awak dah, saya taknak bebankan awak. Kalau betul hati awak masih ada saya, awak masih cinta sayang saya macam dulu, saya nak Allah tunjukkan kebenaran tu depan saya. Amin Ya Rabbal Alamin~ 

Lots of love,
Amy Ruhana


Untitled 3
Friday 22 March 2013 • 01:14 • 0 comments

Assalamualaikum, hai ♡ Nak share something dengan Mr. Blog boleh? Hm sejak beberapa hari ni saya asyik tak ada mood, kecewa, sedih, terkilan semua ada. Awak mula abaikan saya lagi, kali ni awak betul-betul buat saya putus asa dengan awak. Awak buat saya penat dengan sikap awak. Saya penat dengan sikap awak yang selalu sakitkan hati saya, hancurkan hati saya. Awak tak reti ke nak hargai saya? Awak tahu perkara yang selalu hancurkan hati saya bila awak maki saya. Bila saya cakap elok, awak tinggikan suara tengking saya. Bila saya tak habis cakap dengan awak, awak terus letak handphone. Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu hati saya hancur macam mana. Saya macam orang bodoh, call awak balik banyak kali sampai awak angkat. Sampai sanggup merayu suruh awak angkat. Awak buat saya macam saya ni sorang yang tergilakan awak? Awak tak ada perasaan ke buat saya macam ni?! Bila kita getback balik hari tu, awak janji apa dengan saya? Awak nak berubahkan? Awak janji macam-macam dengan saya. Bila saya fikir awak dah berubah, saya ingatkan betul awak dah berubah. Tapi sebaliknya, awak sebenarnya tetap sama. Ada masa awak berubah, ada masa awak mula dengan sikap awak yang  lama. Saya nak awak faham saya, bukan asyik saya je faham awak. 

Saya tahu sekarang awak susah nak contact saya, tak ada handphone. Tapi awak langsung tak ada usaha nak contact saya dengan cara yang lain. Awak nak kena saya mesej awak dulu, baru awak reply. Then tak sampai berapa minit, awak cakap awak dah mengantuk nak tidur. Dahlah kita selalu dapat mesej malam, sekejap je. Tu pun kalau ibu awak bagi pinjam handphone dia. Saya rasa kali ni saya betul-betul di abaikan. Dengan semalam saya tunggu awak mesej saya sampai saya tertidur. Bila saya terjaga, saya tengok tak ada mesej dari awak. Bila saya mesej awak, tup tup awak call cakap nak pergi Langkawi? Last minute awak bagitahu saya. Awak janji sebelum pergi tu, awak nak call saya dulu. Tapi tak ada satu call pun dari awak. Awak cakap nak pinjam handpone kawan awak nak mesej saya, saya tunggu awak macam orang bodoh. Mungkin salah sayakan tak faham situasi awak? Tak apalah, saya ni terlalu beban untuk awak jaga. Awak dah penatkan nak layan semua kerenah saya? Saya tahu. Tiap malam saya nangis, saya fikir dugaan apa lagi Allah nak bagi dekat saya lepas ni? Saya tak kuat hadapi semua ni sorang. Dulu awak pernah janji yang awak akan ada bila saya perlukan, awak akan ada untuk dengar semua masalah saya. Tapi sekarang saya nak cari awak pun susah. Kadang tu awak tak mesej saya beberap hari sampai saya start mesej balik, baru awak mesej. 

Awak memang susah nak faham sayakan? Awak sebelum ni tak bagi saya putus asa, tapi sekarang? Awak cuba nak buat saya bencikan awak. Saya cintakan awak, sakit untuk saya bencikan awak. Hati saya hancur, sakit. Bila saya cakap dekat awak, awak cakap saya suka merajuk, jiwanglah apa. Padahal awak yang susah nak faham saya. Saya sedih awak buat saya macam ni. Saya tak pernah nak malukan awak, tapi awak selalu cakap saya malukan awak. Salah apa saya dekat awak? Sampai semuanya tak kena. Bila tiap kali awak cuba sakitkan hati saya, saya cuba abaikan perasaan tu sebab nak jaga hati awak. Saya pura-pura gembira sebab saya tak suka tengok awak tak ada mood. Awak suka cakap yang saya ni suka mengungkit, saya tak mengungkit pun. Saya nak ingatkan awak dengan apa yang awak dah buat dekat saya. Awak tahu kalau boleh tiap saat saya nak awak ada depan saya, supaya saya tak ragu dengan awak. Saya takut awak pergi tinggalkan saya lagi. Awak tempat saya mengadu semua masalah saya, saya dah tak ada orang lain dah untuk saya mengadu semua masalah saya. Saya ikut cakap awak, saya tahu kadang tu saya ada buat salah. Saya mungkir janji, tapi saya mengaku kesilapan saya. Bila saya cakap sikit pasal janji kita, mesti awak akan cakap "Lepas ni jangan nak halang saya, awak tak ada hak." 

Awak pernah fikir tak perasaan saya lepas awak cakap semua tu? Susah ke awak nak jaga perasaan saya? Saya tak pernah ungkit awak, selama ni saya ikhlas untuk awak. Awak..... Saya akan terus berusaha lagi tanpa semangat dari awak. Saya akan terus berusaha pertahankan hubungan kita ni walaupun awak cuba hancurkan hati saya. Saya akan terus cintakan awak sampai akhir hayat saya. Kalau Allah dah tulis jodoh saya adalah awak, saya terima awak seadanya. Maafkan saya sebab banyak bebankan awak, menyusahkan awak. Saya tak sempurna macam perempuan lain, saya hanya seorang insan yang lemah. Saya bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya berusaha nak jadi yang terbaik untuk awak. Lepas ni awak nak buat apa, awak buatlah. Saya memang tak ada hak nak halang awakkan? Betullah awak cakap. Saya bukan sesiapa pun.... Awak yang tentukan pasangan hidup awak, saya tak ada hak apa pun nak paksa awak untuk mencintai saya.

Lots of love,
Amy Ruhana


Heart.
Thursday 14 February 2013 • 00:03 • 0 comments



Dear blog, can I share something with you? It's about my heart. I'm hate this feeling! Why he's always make me cry? Always okay always! I'm tired of all this! I love him, but he made me hate him...... I try to be the best for him. But he will not appreciate all my sacrifices. Kenapa jadi macam ni awak? Handphone awak hilang bukan alasan untuk kita tidak berhubung. Awak..... Dengar tak saya cakap ni? Berhentilah daripada bagi alasan dekat saya. Saya dah penat, bosan dengan semua alasan awak. Penat dengan perangai awak. Semakin lama macam ni, saya rasa macam nak putus asa dengan semua usaha saya selama ni. Awak seronok, tapi saya? Hm awak tak pernah nak hargai hati saya. Saya sedih awak layan saya macam ni. Awak ketepikan hati saya, awak mula abaikan saya. Saya ni dekat depan mata awak macam wujud, tak wujud je. Saya tak tahu lepas ni nak buat apa lagi.... Saya buntu awak... Hm saya tahun ni exam besar awak. Saya penat dengan nak study, siapkan homework, fikir pasal awak.... Awak? Kenapa awak buat saya macam ni? Ya Allah, apa lagi dugaan yg engkau nak beri kepada aku lagi? Cukuplah dengan semua dugaan ni.... Hm aku penat ya Allah untuk tempuh semua ni seorang. I do really miss him! Miss him! Miss him! Ya Allah, bagilah kekuatan kepada ku untuk tempuh semua dugaan di dunia ini.... Aku berharap agar engkau dapat membuka pintu hati dia untuk berubah, sedar akan kewujudan aku dalam dirinya. Ya Allah, aku amat menyayangi Mu lebih dari apa pun. Kau yg hidupkan aku di dunia ini, kau memberi aku kekuatan untuk terus berjuang, kau memberi aku bernafas tiap hari. Aku bersyukur menjadi hamba Mu. Ya Allah, kau berilah petunjuk kepada ku atas semua dugaan yg aku hadapi ini. Kau berilah aku kesabaran untuk tabah hadapi semua dugaan ini. Ya Allah, aku mencintai dia. Aku mencintai dia :') Hm ya Allah, terima kasih atas semuanya yg kau telah berikan kepada ku selama ini. Aku bersykur kerana kau telah temukan aku dengan dia. Terima kasih ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin~ 

Lots of love,
Amy Ruhana


1year 4months ❤
Thursday 7 February 2013 • 01:38 • 0 comments


Assalamualaikum, hai. Happy 1year 4months Anniversary Wan Khairul Faizie  Alhamdulillah, berjaya juga kita pertahankan hubungan ni sampai setahun lebihkan? Bersyukur sangat dekat Allah sebab masih mengizinkan kita untuk bersama lagi :) "Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana telah menemukan aku dengan dia. Dia masih mampu untuk menjaga, dah bertahan dengan perangai aku yg tak seberapa ini. Aku tidak sempurna dan bukan yg terbaik untuk dirinya. Tapi aku berusaha untuk menjadi yg sempurna dan terbaik untuk dia. Walaupun banyak dugaan yg melanda, kami tetap hadapi susah senang ini bersama. Perjalanan masih jauh, banyak lagi dugaan yg bakal aku tempuh. Apa saja dugaan dari Mu, akan kami tempuhi dengan penuh kesabaran selagi kami mampu. Jika benar dia jodoh ku, kau tunjukkanlah kebenarannya. InsyaAllah akan kami pertahankan cinta kami sejauh mana kami mampu. Ya Allah, terima kasih kerana telah membuka hati aku untuk memberi dia peluang walaupun sudah beberapa kali dia telah hancurkan hati ku. Peluang untuk kali terakhir ini dia telah berjaya membuktikan yg dia mampu hadapi semua ini bersama aku. Terima kasih atas segalanya ya Allah :') Akan aku bimbing dia ke jalan Mu walau besar mana dugaan sekali pun yg harus aku tempuh. Menilai dari rupa dan harta, itu tidak penting. Hati yg ikhlas mencintai seseorang itu penting untuk kita menilai. Aku berharap agar dia menilai aku dari hati, bukannya rupa." Saya akan cuba untuk memahami awak dan akan sentiasa di sisi awak bila awak perlukan saya untuk memberi sokongan. Saya akan mencintai, menyayangi, merindui awak setulus hati saya selagi saya milik awak. Saya berdoa agar Allah kekalkan hubungan kita sehingga hujung nyawa. InsyaAllah dengan izin Allah. Allah sentiasa membantu hamba-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin~ Wan Khairul Faizie b. Mohd Rozi, terima kasih sebab jadikan saya suri di dalam hati awak :') Akan saya doakan semoga awak jadi peneman saya hingga hujung nyawa dan semoga Allah merahmati, kekalkan hubungan kita seperti Allah satukan Adam & Hawa, Yusof & Zulaikha dan Muhammad SAW & Siti Khadijah. Saya berjanji akan berusaha menjadi teman yg baik di sisi awak  

Lots of love,
Amy Ruhana 




PAST
MY WORDS;
Hai, I from pluto. My UFO was break down. My age 11200 years old. I have 12 mother. My birth date 12/12/2090. I just want to say behave with me because I have 2pair screw driver as my hand. Bhahahahahaha..

OUR LOVE STORY;
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
OTHERS;


>> Cry is the best thing.
date : 25/7/2013
at: 9:38 pm


>> Period pain xC
date : 30/03/13
at: 6 pm


>> Overnight.
date : 30/03/13
at: 2 am


>> Homework!
date : 29/03/13
at: 10 pm


>> Islam itu indah ♡
date : 29/03/13
at: 5 pm


>> Dapat blogskin baru
date : 29/03/13
at: 4 pm


>> Jumpa cipanzi
date : 27/03/13
at: 7 am

BLOG ARCHIVE;

  • New ♥
  • Homework!
  • Salam Jumaat ♡
  • Untitled 4
  • Untitled 3
  • Heart.
  • 1year 4months ❤
  • 2013 ❤
  • Untitled 2
  • Untitled.