C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITTER FACEBOOK INSTAGRAM
Untitled 3
Friday, 22 March 2013 • 01:14 • 0 comments

Assalamualaikum, hai ♡ Nak share something dengan Mr. Blog boleh? Hm sejak beberapa hari ni saya asyik tak ada mood, kecewa, sedih, terkilan semua ada. Awak mula abaikan saya lagi, kali ni awak betul-betul buat saya putus asa dengan awak. Awak buat saya penat dengan sikap awak. Saya penat dengan sikap awak yang selalu sakitkan hati saya, hancurkan hati saya. Awak tak reti ke nak hargai saya? Awak tahu perkara yang selalu hancurkan hati saya bila awak maki saya. Bila saya cakap elok, awak tinggikan suara tengking saya. Bila saya tak habis cakap dengan awak, awak terus letak handphone. Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu hati saya hancur macam mana. Saya macam orang bodoh, call awak balik banyak kali sampai awak angkat. Sampai sanggup merayu suruh awak angkat. Awak buat saya macam saya ni sorang yang tergilakan awak? Awak tak ada perasaan ke buat saya macam ni?! Bila kita getback balik hari tu, awak janji apa dengan saya? Awak nak berubahkan? Awak janji macam-macam dengan saya. Bila saya fikir awak dah berubah, saya ingatkan betul awak dah berubah. Tapi sebaliknya, awak sebenarnya tetap sama. Ada masa awak berubah, ada masa awak mula dengan sikap awak yang  lama. Saya nak awak faham saya, bukan asyik saya je faham awak. 

Saya tahu sekarang awak susah nak contact saya, tak ada handphone. Tapi awak langsung tak ada usaha nak contact saya dengan cara yang lain. Awak nak kena saya mesej awak dulu, baru awak reply. Then tak sampai berapa minit, awak cakap awak dah mengantuk nak tidur. Dahlah kita selalu dapat mesej malam, sekejap je. Tu pun kalau ibu awak bagi pinjam handphone dia. Saya rasa kali ni saya betul-betul di abaikan. Dengan semalam saya tunggu awak mesej saya sampai saya tertidur. Bila saya terjaga, saya tengok tak ada mesej dari awak. Bila saya mesej awak, tup tup awak call cakap nak pergi Langkawi? Last minute awak bagitahu saya. Awak janji sebelum pergi tu, awak nak call saya dulu. Tapi tak ada satu call pun dari awak. Awak cakap nak pinjam handpone kawan awak nak mesej saya, saya tunggu awak macam orang bodoh. Mungkin salah sayakan tak faham situasi awak? Tak apalah, saya ni terlalu beban untuk awak jaga. Awak dah penatkan nak layan semua kerenah saya? Saya tahu. Tiap malam saya nangis, saya fikir dugaan apa lagi Allah nak bagi dekat saya lepas ni? Saya tak kuat hadapi semua ni sorang. Dulu awak pernah janji yang awak akan ada bila saya perlukan, awak akan ada untuk dengar semua masalah saya. Tapi sekarang saya nak cari awak pun susah. Kadang tu awak tak mesej saya beberap hari sampai saya start mesej balik, baru awak mesej. 

Awak memang susah nak faham sayakan? Awak sebelum ni tak bagi saya putus asa, tapi sekarang? Awak cuba nak buat saya bencikan awak. Saya cintakan awak, sakit untuk saya bencikan awak. Hati saya hancur, sakit. Bila saya cakap dekat awak, awak cakap saya suka merajuk, jiwanglah apa. Padahal awak yang susah nak faham saya. Saya sedih awak buat saya macam ni. Saya tak pernah nak malukan awak, tapi awak selalu cakap saya malukan awak. Salah apa saya dekat awak? Sampai semuanya tak kena. Bila tiap kali awak cuba sakitkan hati saya, saya cuba abaikan perasaan tu sebab nak jaga hati awak. Saya pura-pura gembira sebab saya tak suka tengok awak tak ada mood. Awak suka cakap yang saya ni suka mengungkit, saya tak mengungkit pun. Saya nak ingatkan awak dengan apa yang awak dah buat dekat saya. Awak tahu kalau boleh tiap saat saya nak awak ada depan saya, supaya saya tak ragu dengan awak. Saya takut awak pergi tinggalkan saya lagi. Awak tempat saya mengadu semua masalah saya, saya dah tak ada orang lain dah untuk saya mengadu semua masalah saya. Saya ikut cakap awak, saya tahu kadang tu saya ada buat salah. Saya mungkir janji, tapi saya mengaku kesilapan saya. Bila saya cakap sikit pasal janji kita, mesti awak akan cakap "Lepas ni jangan nak halang saya, awak tak ada hak." 

Awak pernah fikir tak perasaan saya lepas awak cakap semua tu? Susah ke awak nak jaga perasaan saya? Saya tak pernah ungkit awak, selama ni saya ikhlas untuk awak. Awak..... Saya akan terus berusaha lagi tanpa semangat dari awak. Saya akan terus berusaha pertahankan hubungan kita ni walaupun awak cuba hancurkan hati saya. Saya akan terus cintakan awak sampai akhir hayat saya. Kalau Allah dah tulis jodoh saya adalah awak, saya terima awak seadanya. Maafkan saya sebab banyak bebankan awak, menyusahkan awak. Saya tak sempurna macam perempuan lain, saya hanya seorang insan yang lemah. Saya bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya berusaha nak jadi yang terbaik untuk awak. Lepas ni awak nak buat apa, awak buatlah. Saya memang tak ada hak nak halang awakkan? Betullah awak cakap. Saya bukan sesiapa pun.... Awak yang tentukan pasangan hidup awak, saya tak ada hak apa pun nak paksa awak untuk mencintai saya.

Lots of love,
Amy Ruhana



PASTFUTURE
MY WORDS;
Hai, I from pluto. My UFO was break down. My age 11200 years old. I have 12 mother. My birth date 12/12/2090. I just want to say behave with me because I have 2pair screw driver as my hand. Bhahahahahaha..

OUR LOVE STORY;
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
OTHERS;


>> Cry is the best thing.
date : 25/7/2013
at: 9:38 pm


>> Period pain xC
date : 30/03/13
at: 6 pm


>> Overnight.
date : 30/03/13
at: 2 am


>> Homework!
date : 29/03/13
at: 10 pm


>> Islam itu indah ♡
date : 29/03/13
at: 5 pm


>> Dapat blogskin baru
date : 29/03/13
at: 4 pm


>> Jumpa cipanzi
date : 27/03/13
at: 7 am

BLOG ARCHIVE;

  • Heart.
  • 1year 4months ❤
  • 2013 ❤
  • Untitled 2
  • Untitled.
  • Selamat Hari Raya Aidiladha♥
  • 1year Anniversary♡
  • Hati♥
  • Berubah ☹
  • Happy 11monthsarry♡